Halaman

Khamis, 9 Mei 2013

Bubar MCA, GERAKAN




MCA dan GERAKAN yang mengalami kekalahan teruk dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) berturut-turut, bermula 2008, perlu dibubarkan.

Seorang penganalisis politik berkata, prestasi merosot dan mengecewakan kedua-dua parti itu wajar disusuli dengan tindakan serta-merta kepemimpinan kedua-dua parti berkenaan. 



“Kedua-dua parti itu sudah hampir terkubur dan hancur kerana ditolak komuniti Cina, mula pada 2008 dan sekali lagi pada PRU-13. Jelas, MCA dan GERAKAN sudah tidak relevan untuk orang Cina.

Pada PRU-13, Ahad lalu, MCA hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kerusi yang ditandinginya dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi ditandingi.

Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN. 
GERAKAN pula hanya memenangi satu kerusi Parlimen Simpang Renggam daripada 11 kerusi yang diperuntukkan dan tiga kerusi DUN iaitu Pemanis, Johor; Tanjong Papat dan Elopura, Sabah daripada 31 kerusi ditandingi.
Ke Ping yakin Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang bersifat praktikal dan berprinsip akan meletak jawatan dalam masa terdekat ini, berbanding Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mahu mempertahankan kedudukannya.
PRU-13 sekali gus menunjukkan parti itu kini menuju kehancuran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan