Halaman

Khamis, 9 Mei 2013

Pengundi Cina berpaling tadah.


Apa yang jelas dalam pilihan raya kali ini ialah orang Melayu dan agama Islam kerugian besar. Tidak pernah dalam sejarah pilihan raya negara ini, perpecahan yang paling buruk di kalangan orang Melayu. Tidak ada parti Melayu yang untung, sebaliknya parti DAP mendapat kemenangan luar biasa. Parti itu memperoleh 38 kerusi Parlimen berbanding 28 pada tahun 2008.

Nampaknya sebahagian besar orang Cina telah membuat keputusan menolak Barisan Nasional (BN). Semua parti Cina dalam BN menunjukkan prestasi yang teruk. Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa pilihan raya kali ini merupakan ‘tsunami kaum Cina’.
Bagi orang Melayu, ini masa yang baik bagi membuat muhasabah diri untuk melihat bagaimanakah retak yang nampaknya semakin menjadi belah di antara mereka sendiri. Orang Melayu bukan dalam keadaan yang kukuh daripada segi ekonomi dan kemahiran tertentu”
Hal seperti ini tidak seharusnya berlaku. BN merupakan gabungan parti-parti yang terdiri daripada pelbagai kaum. Formula ‘kongsi kuasa’ yang bermula sejak Merdeka lagi menjadi asas Perikatan dan kemudiannya BN.
BN harus membuat kajian mendalam mengapa penolakan itu berlaku. Sudah pastilah MCA akan mengotakan janjinya untuk mengkaji kedudukannya dalam BN sekiranya prestasi parti tidak baik dalam PRU-13. GERAKAN juga akan membuat penilaian serius apa yang berlaku.

Alangkah sayangnya kesempatan untuk bekerja dalam satu pasukan yang diwakili oleh semua parti yang berteraskan kaum-kaum di Malaysia tidak dapat dipertahankan.

Mungkin orang Cina sependirian dalam banyak hal. Mereka mahu didengar melalui saluran lain, bukan lagi MCA, GERAKAN atau SUPP di Sarawak. Mungkin juga MCA, GERAKAN dan SUPP sudah tidak lagi relevan bagi mereka.

Mungkin juga mereka lebih selesa dengan Pakatan Rakyat (PR) yang suara DAP terdengar kian lantang. Itu isu yang lain.....

Tapi kekalahan paling besar ialah orang Melayu dan agama Islam. Saya bukan mengatakan perpaduan Melayu hanya terhasil dengan BN dan UMNO. Tetapi sejarah membuktikan bahawa semakin berpecah Melayu, maka kepentingan dan suara Melayu akan semakin terhakis.

PRU-13 memberikan amaran baru pada UMNO. Sebagai parti yang lahir pada tahun 40-an, perlu dilakukan proses penjenamaan dan peremajaan semula. Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh mengubah partinya dan BN dalam masa empat tahun.

Mandat baru ini merupakan kesempatan terbaik bagi beliau.....

Orang Melayu Kena Belajar

Beliau mengambil sikap yang betul bagi menangani isu polarisasi kaum yang ketara akibat PRU-13 – proses reconciliation yang harus segera berjalan. Ini bukan masa menghukum dan melepas dendam, ini masa untuk merapatkan jurang dan menetapkan agenda sebenar negara. Dalam keadaan hari ini, proses itu tidak mudah.

Bagi orang Melayu, ini masa yang baik bagi membuat muhasabah diri untuk melihat bagaimanakah retak yang nampaknya semakin menjadi belah di antara mereka sendiri.

Orang Melayu bukan dalam keadaan yang kukuh daripada segi ekonomi dan kemahiran tertentu. Orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam banyak bidang....

Agama yang dianuti oleh orang Melayu juga sedang dicabar dengan cara yang luar biasa. Belajarlah dari kelemahan bangsa-bangsa yang lain.

Perpecahan akan hanya memburukkan keadaan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan