Halaman

Khamis, 9 Mei 2013

kenyataan Nik Aziz semai perasaan benci

Kenyataan Nik Aziz ingin "meludah" ahli UMNO yang mengajak kepada penyatuan dua parti itu adalah musibah kepada umat Islamdi negara ini selain mengundang perpecahan.
Nik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan begitu yang menyemai politik kebencian dalam kalangan umat Islam serta meletakkan UMNO lebih teruk dari yahudi.
Kerana sikap Nik Aziz ini boleh menyebabkan perpecahan yang lagi teruk di kalangan umat Islam di negara ini.Sudah-sudah lah tu, Nik Aziz,kerana minda sempit anda inilah yang menyebabkan Umat Islam semakin berpecah belah dan semakin bermasam muka antara satu sama lain hanya kerana fahaman politik.
Tak salah kalau sesama umat Islam bersatu,dengan yang kafir kau boleh pula bersatu, mengapa tidak yang dah sama agama dan bangsa????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan