Halaman

Jumaat, 10 Mei 2013

Cetus isu perkauman


 Pejabat Peguam Negara mengesahkan menerima laporan bahawa beberapa pemimpin parti politik mengaitkan isu berkaitan perkauman dalam ceramah mereka sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. 

Bagaimanapun, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Abdul Wahab Mohamed, berkata beliau tidak dapat membuat sebarang kenyataan mengenainya buat masa sekarang kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. Tambah beliau, pihaknya juga ada menerima aduan membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan beberapa isu termasuk mengenai dakwat kekal selain beberapa insiden ketika hari pengundian. 


Setakat ini, 327 laporan polis diterima merangkumi aduan mengenai dakwat kekal yang mudah dibasuh selain isu pemerhati pilihan raya yang diarahkan keluar oleh Ketua Tempat Mengundi selama 30 minit selepas tamat tempoh mengundi dan sebelum pengiraan undi. 
 seorang lagi individu turut dihadapkan di mahkamah sama dan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin bas syarikat Cityliner Sdn Bhd kira-kira jam 5.09 petang 5 Mei lalu. 

Mengulas perkembangan insiden letupan ketika kempen di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 23 April lalu, Wahab berkata tiada perkembangan baru sehingga sekarang dan kes itu masih dalam siasatan. 

Katanya, setakat ini empat suspek ditahan bagi membantu siasatan tetapi semua mereka didapati tidak terbabit dalam insiden berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan