Halaman

Jumaat, 10 Mei 2013

MCA Perak desak Soi Lek berundur


Ahli MCA Perak membentuk Jawatankuasa Bertindak Selamatkan MCA bagi mendesak presiden mereka, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, supaya meletak jawatan serta-merta. 

Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Batu Gajah, Datuk Lee Kon Yin, berkata Soi Lek perlu melepaskan jawatan beliau dengan segera dan memberi laluan kepada pemimpin baru. Kon Yin yang mewakili 20 ahli bahagian itu berkata, Soi Lek perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk MCA dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu. 

Pengundurannya adalah penting bagi mengembalikan maruah parti kerana prestasi MCA dalam PRU-13 adalah yang terburuk dalam sejarah. 
Sementara itu, Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timur, San Chak Chun, berkata Soi Lek perlu mencontohi tindakan Presiden MCA sebelum ini, Tan Sri Ong Ka Ting, yang juga meletak jawatan selepas prestasi buruk parti itu dalam PRU-12. 

Kami masih menghormati Ka Ting kerana beliau meletakkan jawatannya, katanya. 

Chak Chun turut mempersoalkan bagaimana MCA masih boleh mendakwa mempunyai keupayaan untuk mewakili dan melindungi kepentingan masyarakat Cina dengan suara yang semakin kecil dalam kerajaan. 

Kita memerlukan kepemimpinan baru untuk menghidupkan semula parti,,

"tsunami cina' telah melemahkan MCA,MCA perlu melakukan transformasi untuk mengembalikan balik keyakinan pengundi cina terhadap mereka.Jangan beri muka pada DAP.MCA harus melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan