Halaman

Rabu, 15 Mei 2013

Hentikan 'Sandiwara' Pengambilalihan Syabas


 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata lebih baik kerajaan Selangor menghentikan "sandiwaranya" kononnya perlu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terlebih dahulu sebelum dapat menyelesaikan isu air di negeri itu.
"Jikalau kerajaan negeri mengambil alih Syabas pun belum tentu masalah kekurangan air akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia untuk pelajar Malaysia di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di sini, Khamis.
Beliau berkata oleh kerana rizab air yang kurang di Selangor iaitu satu peratus daripada 20 peratus yang sepatutnya, sejumlah 87,754 unit perumahan baru yang memerlukan 147.87 juta liter sehari (jls) tidak dapat dimulakan.
Begitu juga dengan pembinaan 6,240 unit kedai dan komersil baharu dengan keperluan air 38.02 jls, 4,330 unit premis perniagaan baru dengan keperluan air 9.49 jls, 3,159 unit hotel baharu dengan keperluan air 10.76 jls, 830 kilang baharu dengan keperluan air 31.24 jls dan 4,038 rumah ibadat dan sekolah baharu dengan keperluan air 900,000 liter sehari tidak dapat dimulakan, katanya.
"Apakah kesannya kepada ekonomi Selangor? Peluang kerja berkurangan dan Selangor akan jadi lebih mundur sebab kerajaan Selangor (hanya) bercakap, bukan nak selesaikan masalah rakyat," kata Noh. Beliau berkata Kerajaan Persekutuan tidak ada masalah jika kerajaan Selangor hendak mengambil alih Syabas tetapi jangan kaitkan isu berkenaan sehingga pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang dijangka dapat mengelakkan Lembah Klang daripada menghadapi krisis air selama 20 tahun akan datang masih lagi tertangguh.
Noh berkata Kerajaan Persekutuan yang berpandangan jauh dalam pelaksanaan dasarnya yang menjaga kepentingan rakyat telah merancang Projek Langat 2 sejak 16 tahun lepas bagi mengatasi masalah air yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.
Sementara itu, Noh dalam ucapannya pada majlis itu berkata beliau hairan mengapa orang luar termasuk MEDIU boleh kagum dengan keadaan sosial, politik dan ekonomi Malaysia dan tertarik untuk datang melabur di Malaysia sedangkan ada rakyat Malaysia yang tidak menghargai faktor-faktor itu.
. -BERNAMA
Rakyat Selangor yang pilih,jadi biarkan mereka rasa.Nak sangat Pakatan yang mentadbirkan.Padan muka!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan