Halaman

Rabu, 15 Mei 2013

PANAS!!! Malaysiakini Dibidas Manipulasi Kenyataan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan

Gabungan NGO-NGO Malaysia memanggil satu sidang media pada hari ini bagi mempertahankan Kenyataan yang dibuat oleh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia di Wacana Post Morterm PRU-13 : Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah pada 12/5/2013 lepas.
LAPORAN TIDAK TEPAT dan BERAT SEBELAH berkaitan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah yang di laporkan di dalam portal www.malaysiakini.com pada 12 dan 13 Mei 2013. Kami sekali lagi menegaskan bahawa malaysiakini.com TIDAK DIJEMPUT HADIR membuat liputan berita di program berkenaan dan sebarang laporan yang dibuat oleh media "penceroboh" ini adalah berniat jahat dengan tujuan mereka untuk melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.
apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini berkaitan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah berkenaan telah dimanipulasikan oleh wartawannya dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah yang berdurasi hampir 60 minit.
 Laporan berita terpilih dan dilaporkan secara berat sebelah oleh Malaysiakini berkenaan telah menyebabkan timbul reaksi tidak selesa dalam kalangan pembaca sehingga ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah ditafsir dan diulas oleh banyak pihak termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bersifat perkauman. Lebih malang lagi, kesemua yang mengulas di web portal Malaysiakini berkenaan TIDAK PUN HADIR MENDENGAR SENDIRI bagi menilai keseluruhan ucapan berkenaan.
Gabungan NGO Malaysia mengulangi solidariti kami mempertahankan kesemua kandungan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah berkenaan dan kami akan berterusan bersatu dan bergabung bagi mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
 Media "penceroboh" seperti Malaysiakini agar jangan lagi membuat laporan terpilih dengan niat untuk menghasut dan menyemai kebencian hubungan antara kaum di Malaysia kerana jelas, kaedah pemberitaan bersifat hasutan oleh Malaysiakini ini tidak menyumbang kepada perpaduan nasional.

Malaysiakini jangan nak jadi batu api untuk melagakan perpaduan antara kaum di Malaysia ini.Kerajaan patut ambil tindakan tegas terhadap kelantangan MalaysiaKini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan