Halaman

Jumaat, 3 Mei 2013

Jangan menukar kereta…

Pak Ali sekeluarga – seorang isteri dan lima anak yang bekerja semua mempunyai kereta BlueN.
Disebabkan Pak Ali meminati BlueN sejak dulu, maka dipastikannya semua kereta anak dan isterinya juga berjenama BlueN.

Kereta-kereta jenama BlueN pada pandangan Pak Ali adalah paling berbaloi – dari segi harga insurannya, harga kereta, paling jimat minyak dan harga servis yang memuaskan.

Pak Ali yang berumur 56 tahun tidak pernah mencuba sebarang kenderaan lain – dalam dunia Pak Ali cuma hanya ada BlueN.

Satu hari anak sulung Pak Ali, Jamali menyatakan hasratnya untuk menukar kereta.

“Li, beli BlueN yang baru itu, ya,” pesan Pak Ali.

Jamali sebenarnya sudah terpikat dengan sebuah kereta berjenama PackR. Designnya sungguh cantik, dan harganya pun lebih rendah berbanding kereta kelas yang sama yang dijual oleh BlueN.

“Yah, PackR jenis ini lebih cantik dan berbaloi. Minyak pun lebih jimat kata orang,” kata Jamali.

“Li jangan kena tipu salesman. Salesman ini janji macam-macam. Dalam hidup ayah, ayah tak pernah jumpa kereta yang lebih jimat minyak daripada BlueN. Salesman itu menipu sahaja,” tegas Pak Ali.

“Tapi ayah, BlueN tak bagi free servis 40,000 km yang pertama. PackR bagi. Dan kalau anakanda tempah awal dapat rebat RM3,000 dan free radio. BlueN tak ada,” kata Jamali lagi.

“Li. Kau percaya salesman itu buat apa? BlueN tak bagi kerana kualitinya lebih baik. PackR tak baik jadi kena bagi free itu ini supaya orang macam Li masuk perangkap. Beli lepas itu menyesal. Kereta ini bukan murah. Tak boleh beli main-main. Lepas beli kalau tak suka, tak boleh menyesal. Beli BlueN sahaja,” tegas Pak Ali lagi.


Buat apa nak tukar kereta kalau kereta yang dah lame berkhidmat memang banyak menberi jasa dan bakti pada kita.Orang kata,kena tahu jadi orang yang tahu bersyukur dan mengenang budi.Kekal BlueN sampai bila PackR kita tolak ramai-ramai.PackR boleh jalan dahh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan