Halaman

Jumaat, 3 Mei 2013

Ya, kami terbangkan pengundi ke Semenajung – Tengku Adnan


"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," kata Tengku Adnan.

Tengku Adnan menuduh Pakatan Rakyat sengaja membuat dakwaan bahawa sistem pilihanraya bermasalah untuk melemahkan demokrasi negara.


“Ia adalah satu kempen bagi memburuk-burukkan sistem pilihan raya menjelang pilihan raya. Pembangkang sedang menyediakan satu alasan bagi kekalahan mereka," kata Tengku Adnan, yang merupakan penyandang kerusi parlimen Putrajaya yang kini dicabar calon PAS, Datuk Husam Musa.



Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penglibatan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang diragui dari Malaysia Timur ke Semenanjung.

Antara bukti yang diperoleh ialah bukti dokumen, foto berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Beliau menganggarkan sebanyak 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan sebelum 5 Mei ini.  Menurut Anwar lagi, penumpang pesawat merupakan warga asing berdasarkan siasatan PKR terhadap daftar penumpang yang diperolehi.

Sementara itu, PMO teleh menafikan dakwaan Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

"Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini.

Apa yang PR ni tak puas hati sangat???kalau takut kalah cakap je lah,tak perlulah nak menuduh BN macam-macam.Sebenarnya PR memang gerun dengan BN.Rakyat nilailah sendiri,siapa yang suka putar belitkan cerita PR ataupun BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan