Halaman

Jumaat, 3 Mei 2013

Video Saiful sumpah di Mekah guna teknik 'Chroma Key'?

Dah tak penting sama ada salah atau betulKalau betul pun, bila hati sudah benci segalanya akan jadi kesalahan.


Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.

Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).

Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.
Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.

Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.

Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.

"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.


PR masih mahu menegakkan benang yang basah,mengapa hentam Saiful sahaja,sekurang-kurangnya Saiful berani jugak bersumpah,bukan macam si peliwat tue, yang sampai sekarang masih tak berani nak bersumpah.Sebab apa??? sebab memang dia yang meliwatkan.Takkan beraninya dia nak bersumpah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan