Halaman

Isnin, 17 Jun 2013

Hak pengguna air Selangor VS hak pemegang konsesi air ...mana lagi penting??

 Kerajaan negeri dinasihatkan agar mengutamakan hak pengguna air di Selangor berbanding pemegang konsesi air.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George berkata, pemegang konsesi air di Selangor tidak penting sebaliknya hak pengguna diutamakan.

“Siapa ambil atau urus air tidak penting, asalkan masalah dan bebanan pengguna air di Selangor dapat di selesaikan.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa surat yang dikirimkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah mendapat respons positif daripada Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan telah menetapkan pertemuan pada minggu depan.

Dalam pertemuan itu Abdul Khalid dijangka akan membincangkan harapan agar konsesi air di Selangor dapat diuruskan oleh kerajaan negeri.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Jacob berkata, siapa yang bakal menjadi pemegang konsesi air bukanlah perkara utama sebaliknya masalah ini dapat diselesaikan dan hak pengguna air terpelihara.

“Misalnya taraf perkhidmatan ditingkatkan, paip pecah diganti, harga air terawat tidak dinaikkan sewenang-wenangnya.

“Diharapkan masalah kekurangan bekalan air yang sering berlaku seperti sekarang ini dapat diatasi kerana ia menyusahkan rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata keputusan PRU13 jelas membuktikan bahawa rakyat Selangor marah dan diharapkan kerajaan negeri bersedia merungkai permasalahan ini.

“Hak pengguna diutamakan dengan hati terbuka, tambahan pula menjelang musim  perayaan ini krisis air dapat  diselesaikan secara kompetensi.

“Fikirkan hak pengguna bukan agenda politik,” katanya.

Sampai bila permasalahan ini nak berlanjutan??yang menjadi mangsa adalah rakyat..Kesian rakyat negeri Selangor.Nak tunggu lagi 5 tahun tue,bukan sekejap,tapi lame sangat..Harap @Khalid Ibrahim ,tak lepas tangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan