Halaman

Isnin, 17 Jun 2013

Kementerian, Jakim nafi vaksin kandung bahan haram

Orang kata, kalau dah tak suka semuanya bau taik..

 Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan kononnya vaksin atau imunisasi untuk bayi mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan nyawa.
   
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua agensi itu turut menafikan program imunisasi kerajaan itu sejak 1950-an bertujuan melemahkan umat Islam.
   
"Kementerian Kesihatan dan Jakim menasihatkan seluruh masyarakat tidak terpengaruh dan percaya dengan berita-berita yang disebarkan dalam pelbagai saluran media oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
   
"Sekiranya timbul keraguan atau perlukan pengesahan, elok rujuk kepada pihak berkuasa supaya penyebaran isu-isu seumpama itu tidak menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat seluruhnya," demikian menurut kenyataan itu.
   
Semua vaksin berkenaan didaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.
Dari sudut pandangan syarak, kenyataan itu menjelaskan, imunisasi yang merupakan jalan pencegahan adalah perkara yang dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah usul fikah.
  
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak 1988 telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum berkaitan langsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam," demikian menurut kenyataan itu.
  
Tambah kenyataan itu, maklumat lanjut mengenai penggunaan vaksin dari sudut syarak tersebut boleh didapati di portal e-Fatwa iaitu  www.e-fatwa.gov.my 

kalau betullah vaksin tu ada mengandungi bahan berbahaya,mestilah dari dulu lagi dah ramai yang mati atau menderita sakit, tapi tak ada pun.Jadi tak perlulah isu kesihatan pun dipolitikkan.Sepatutnya kita bersyukur kerana Kerajaan Malaysia begitu priahtin dalam menjaga kesihatan rakyat.Tengok negara lain, seperti India dan Indonesia,mereka tak dapat seperti apa yang kita dapat.jadi bersykurlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan