Halaman

Isnin, 17 Jun 2013

NGO Barat semai benih perpecahan

Tan Sri Musa Hassan
Kemasukkan badan bukan kerajaan (NGO) yang berasal dari Barat ke negara ini didakwa telah menyebarkan dakyah untuk memecah belahkan rakyat.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa, penyebaran dakyah itu kepada golongan muda khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) melalui fahaman demokrasi yang liberal menyebabkan golongan ini bertindak tanpa menghiraukan undang-undang negara.

Beliau juga mendakwa, golongan tersebut yang tidak mengetahui sejarah akan mudah terpesong dan bertindak di luar batasan sehingga melanggar Perlembagaan Negara yang telah digariskan.

"Kita kena tegas, kalau tak kita akan jadi pendatang dalam negara kita sendiri.

"Banyak negara Islam seperti Syria dan Somalia berpecah belah disebabkan kemasukkan NGO Barat ini yang kononnya atas misi kemanusian dengan memberi bantuan.

"NGO ini juga sudah banyak masuk ke Malaysia dan cuba menukar kepada fahaman liberal sehingga membawa kepada penghinaan kepada raja," katanya pada Forum Rakyat : Melayu Islam Bersatu?, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Musa menambah, NGO yang membawa fahaman mengikut sebuah buku di Barat turut mengaplikasikannya kepada golongan muda untuk menentang kerajaan yang 'zalim' melalui demonstrasi jalanan.

"Kita perlu berjaga hal ini.

"Dalam negara kita ada kebebasan bersuara kalau ikut Islam pun ada batasnya," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan