Halaman

Selasa, 3 Disember 2013

Kerajaan akan pastikan kestabilan jangka panjang

Kerajaan akan terus menangani kebimbangan jangka pendek negara dan dalam masa yang sama memastikan bahawa akan ada keamanan dan kestabilan jangka panjang, kata Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kerajaan menyedari bahawa terdapat tahap tekanan kewangan dalam spektrum kaum. 

"Bukan dasar kerajaan untuk mengurangkan keupayaan orang kaya untuk menjadilebih kaya. 

"Kami menggalakkan orang kaya menjalankan perniagaan dan melabur, yang manabaik bagi semua orang. 

"Tetapi kami campur tangan untuk membantu golongan kurang bernasib baik, mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah kerana kemiskinan tidak
mengenal bangsa dan warna kulit," katanya dalam ucapan beliau pada majlisAnugerah Kecemerlangan Perniagaan Sin Chew 2013, di sini, hari ini.

Husni berkata bagi menangani isu ini, kerajaan telah menyusun semula pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada dua kali setahun bagi meringankan bebanan golongan miskin. 

"Kami mahu menyediakan tahap jaringan keselamatan sosial. Ia adalah satutanggungjawab yang perlu dilakukan," katanya. 

Beliau berkata Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang diperkenalkan pada 1970 bukanhanya memberi manfaat kepada Bumiputera tetapi kesan sampingannya juga turutdirasai oleh kaum lain.

"Bumiputera yang mendapat manfaat daripada DEB tidak menjalankan perniagaanmereka sendirian. 

"Mereka membentuk perkongsian dan usaha sama. Tambahan pula, merekaberoperasi dalam perniagaan yang memerlukan banyak hubungan kepada bekalan dan
pengedaran yang tersebar luas dalam keseluruhan spektrum kaum," katanya

Husni berkata hasil daripada kesan sampingan itu, kemakmuran telah berjayadicapai. 

"Selama lebih daripada tiga puluh tahun, kita bersama-sama menikmati kemakmuran dan kebahagiaan yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana negara
pelbagai bangsa lain di dunia ini," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan