Halaman

Jumaat, 6 Disember 2013

Bah di Kelantan, Terengganu makin teruk


 Banjir di Kelantan semakin buruk apabila 2,078 mangsa membabitkan 542 keluarga dipindahkan ke 28 pusat pemindahan sementara di lima jajahan di sini. 

Mangsa paling ramai dipindahkan di Kuala Krai iaitu seramai 762 orang, diikuti Machang (230); Tanah Merah (186); Pasir Puteh (219) dan Pasir Mas seramai 681 orang. 

Kuala Terengganu, jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 6,052 orang membabitkan 1,559 keluarga yang ditempatkan di 82 pusat pemindahan di daerah Kemaman, Dungun, Besut, Marang, Setiu dan Hulu Terengganu sehingga jam 8 malam tadi. 



Di Melaka, seramai 25 mangsa membabitkan lima keluarga yang dipindahkan dari penempatan mereka di Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, Jasin dekat sini, ke Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu malam kelmarin, masih ditempatkan di pusat pemindahan itu. 

Di Kuantan, cuaca panas di kebanyakan daerah di Pahang semalam, menyaksikan bilangan mangsa banjir berkurangan kepada 28,836 orang apabila dibenarkan pulang ke rumah semalam berbanding 38,323 orang di sebelah pagi. 

Keadaan di Johor makin pulih 

Di Johor Bahru, keadaan banjir di Johor semakin pulih semalam apabila hanya 2,027 orang daripada 496 keluarga masih ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara. 
Setakat ini, seramai 7,206 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, manakala 43 pusat pemindahan sementara turut menutup operasi. 

Cuaca panas sejak pagi semalam menyebabkan keadaan banjir di negeri ini menurun dengan mendadak. 

Sehingga petang semalam, pusat pemindahan di Batu Pahat masih menempatkan 503 mangsa, diikuti Segamat (476), Pontian (403), Kluang (233), Kota Tinggi (218) dan Mersing (194).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan