Halaman

Jumaat, 6 Disember 2013

Dewan Rakyat: PMR guna kaedah baru tahun depan

"PMR tidak dimansuhkan mulai tahun depan, sebaliknya penambahbaikan dengan penekanan terhadap pentaksiran pembelajaran” Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan"


“Ia meliputi dua aspek iaitu pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran mengenai pembelajaran,” katanya menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad (BN-Sipitang) di Dewan rakyat, semalam.

Sapawi meminta penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai persediaan jika ada pelajar gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mereka tiada kelulusan akademik selepas PMR dimansuhkan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 bersetuju penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PMR menekankan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran mengenai pembelajaran.

Iktiraf sumbangan guru

Kain Ching berkata, pelaksanaan PBS juga memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah dan memberi pengiktirafan terhadap sumbangan guru dalam pencapaian murid.

“Jaminan kualiti yang merangkumi aktiviti pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan dilaksanakan di semua peringkat bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan