Halaman

Selasa, 29 Januari 2013

Nasharuddin kena "cerai" dengan Pas!!

Kes Nasharuddin ini boleh dilihat seperti seorang isteri yang kena cerai. Bagaimana boleh seorang suami menceraikan isterinya kalau tidak ada sebarang masalah berlaku dalam rumah tangga mereka. Masa nak kahwin, bagi mas kahwin, sambut perempuan dengan gong serta gendang, akhirnya bercerai juga. 
 Peringatan (kepada ahli PAS). Perlu beringat, sesuatu benda itu ada kaedahnya. Suami isteri ada kaedahnya, maka (isteri) tidak kena cerai. Itu kaedah yang menunjukkan Islam ini lebih cermat dalam menghukum.
Keputusan Majlis Syura menggugurkan Nasharuddin sebagai Ahli Majlis Syura PAS berikutan tindak-tanduknya didakwa boleh merugikan parti. 
Kelmarin, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata majlis berkenaan yang bermesyuarat minggu lalu membuat keputusan mendapati Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok, terbabit melanggar peraturan berjemaah. 

“Beliau (Nasharuddin) sepatutnya digugurkan ketika mesyuarat di Muktamar Tahunan PAS tahun lalu, namun atas beberapa sebab, kita tidak dapat melakukannya sehingga mesyuarat baru-baru yang dipengerusikan Nik Aziz dengan keputusan menggugurkannya sebagai ahli Majlis Syura,” katanya. 

Nasha menjadi mangsa keadaan.Kerana amarah Pas terhadap PM dan UMNO tidak penah padam,Nasha yang menjadi mangsa kedaan,hanya kerana menemani PM pergi melawat Gaza baru-baru ini.Lihatlah sikap melulu Pas dalam membuat keputusan.Tidak menggunakan rasional sebaliknya menggunakan emosi dalam membuat keputusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan