Halaman

Selasa, 29 Januari 2013

Nasharuddin ditindas oleh Pas

pix_gal0
Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS dilihat lebih bermotifkan politik.

Ini berikutan tindakan itu diambil selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu pulang daripada mengikuti rombongan Datuk Seri Najib Razak ke Gaza. Perdana Menteri berkata, PAS sepatutnya menghargai lawatan Nasharuddin berikutan ia untuk kepentingan umat Islam atas pendiriannya berjuang tanpa menidakkan mana-mana parti politik. 
PAS lebih melihat lawatan Nasharuddin itu sebagai menguntungkan kerajaan dan UMNO berbanding parti itu, sekali gus mungkin menjadi punca dipecat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan tindakan PAS itu agak aneh dan seolah-olah menidakkan usah baik dan kerja-kerja amal.
Pas lebih pentignkan politik dari kesatuan ummah.Inikah parti yang kononnya memperjuangkan Islam??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan