Halaman

Isnin, 25 November 2013

Pas sedia muzakarah lagi dengan Umno

Pas melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan Umno dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kalau dia (Umno) kata nak laksanakan Islam dengan bersungguh-sungguh, mari kita muzakarah.

"Pas bersedia untuk bermuzakarah dengan Umno dalam usaha pelaksanaan Islam. Media, siar perkara ini.

"InsyaAllah ulama-ulama kita akan turun. Kita ramai ahli-ahli (pelbagai bidang), dia (Umno) hendak yang tua pun ada, muda pun ada," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-59 di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau membangkitkan pelbagai tindakan Umno berkaitan isu-isu perjuangan Islam termasuk isu penggunaan kalimah ALLAH.
 
Jelas Abdul Hadi, kesediaan Pas bermuzakarah itu dizahirkan dari kepakaran dan pemimpin mereka yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan.

"(Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk," katanya.

Abdul Hadi dalam pada itu mendakwa Umno, bagi mendapatkan kuasa memerintah, sanggup menumpukan strategi bagi mendapatkan dan menguasai undi Melayu semata-mata dan bukannya cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Menurutnya Umno mengambil pendekatan menabur semangat kebangsaan bercampur aduk dengan asabiyah (kekitaan) kebangsaan bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Menurutnya pendekatan Pas berbeza yang mana lebih memberi kefahaman Islam mengikut Al-Quran, ijmak (kesepakatan ulama) dan qias sekaligus pendekatan ini boleh difahami orang Melayu. - Bernama

Pas ni pelik ,dengan sesama Islam tak nak lah bekerjasama ,tapi dengan Dap bukan main lagi..Makin Aku tak faham dengan Pas ni!!

Pas Masih Perlu "Tongkat" PR

imbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu mengakui parti itu tidak mampu berjuang bersendirian sebaliknya memerlukan rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk membantunya melebarkan jajahan khususnya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sini, beliau berkata, tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.  

"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).

"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia," katanya.

Pas masih mahu jadi anjing kurap Dap dan PKR..Sedihlah dengan Pas ni.

Biar Betul Pas Tak Terima Orang Seni

"Terimalah kami anak-anak seni untuk bersama tuan puan," demikian kata perwakilan Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pas Pusat, Dr Muhaimin Sulam berhubung persembahan malam Sabtu lalu yang dianggap tidak sesuai dengan imej parti.

Muhaimin berkata, Pas perlu meraikan perbezaan sekiranya mahu menarik lebih ramai menyokong parti tersebut.
"Kawan-kawan, kita perlu menerima hakikat bahawa wujud kepelbagaian dalam masyarakat kita.

"Jangan kita hanya berbicara mengenai fekah namun tidak memahami mengenai sosial masyarakat," katanya.
Pada Jumaat lalu, persembahan Rock Metal anjuran Lajnah Kebudayaan dan Keseniaan Pas telah mencetuskan kontoversi apabila ada pihak berpendapat ia tidak bersesuaian dengan imej parti itu.

Sementara itu, menyentuh perkara sama, Muhaimin juga menganggap, keterbukaan Datuk Abu Bakar Chik ketika merasmikan konsert tersebut dengan memukul  drum sebagai simbolik perasmian telah berjaya memikat hati anak muda.
"Disebabkan keterbukaan itu juga mungkin membuatkan Selangor mengekalkan kemenangan dalam PRU13 Mei lalu, sementara Kedah, Terengganu kalah.

" Bagi saya walaupun dianggap keras (nyanyian rock-metal) tersebut tetapi ia tidak menyalahi prinsip parti. Oleh itu, marilah sama-sama kita menerima perbezaan tersebut," katanya.


Biar betul Pas tak boleh terima Anak-anak seni,bukankah Pas dah terima Abby si meroyan ,Hairi Othman ,Aishah dan laina-lain lagi.Padahal mereka semua anak-anak SENI kan...

Nurul Izzah Simpan Perogol..



Nurul Izzah simpan perogol??wow,,tak sangka Nurul Izzah sanggupmenyimpan perogol sebagai pekerjanya.Dulu bukan main mempertahankan pasangan gila seks sekarang harus pula mempertahankan pemandunya sendiri atas tuduhan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia, 37 tahun. 

Nama suspek adalah Naim dan menurut mangsa, pemandu Nurul Izzah datang bersama seorang lagi rakannya..mereka berdua membawanya ke sebuah rumah teres dua tingkat d Taman Okid Batu 9 Cheras. 

Beliau kemudiannya d berikan rokok yang mengandungi ganja dan di rogol oleh Pemandu Peribadi Nurul Izzah dan selepas itu oleh rakan beliau. 

Menurut sumber, mangsa di pukul setelah suspek mengetahui mangsa telah menghubungi majikannya. 

Barang yang turut di ambil suspek adalah wang hampir RM 5000, sebuah handphone dan paspot milik mangsa. Suspek melarikan diri bila mangsa berkeras ingin laporkan kejadian pada pihak Polis. 

Mangsa juga d heret dan d humban keluar rumah dan akhirnya mendapat bantuan orang awam yang lalu d kawasan tersebut. Mangsa d bawa ke balai Polis Bt 9 Kajang oleh orang ramai dan suspek kini d buru !! 

Menurut sumber lagi, mangsa ketika sebelum kejadian telah di pujuk untuk d bawa ke Terengganu, mangsa enggan dan menimbulkan kemarahan suspek.

Lepas ni si Izzah duk pertahankanlah pulak pemandu kesayangannya ni!!

Pas Di Kantoikan Oleh Kertas Undi



SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemilihan PAS membatalkan pengundian bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ekoran berlakunya kesilapan pada kertas undi.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, proses pengundian bagi memilih 18 AJK PAS itu akan diadakan semula pada Sabtu pagi.

"Kita kesan terdapat kesalahan pada kertas undi, jadi bagi mengelakkan sebarang implikasi yang lebih besar...kita tangguhkan hingga esok," katanya.

Memfitnah Barisan Nasional (BN) dan SPR bukan main lagi,tapi bila batang hidung sendiri kena baru padan muka.

Menyalahkan kertas undi?? logik ke?? patut salahkan orang yang mencetak dan membuat kertas undi tersebut.

Pas terus menerus membodohkan ahli-ahlinya.Buka mata ,bukalah minda anda.Menagapa ahli-ahli Pas masih lagi percaya dengan ketua mereka padahal dalam pemilihan parti pun Pas dah menipu.harap sahaja berkopiah tapi menipu.!!

Pas Dan Dap Serasi Bersama Dalam Salah Kira Undi



PAS terus membogelkan diri mereka sendiri. Bukan orang lainorang dalam parti mereka sendiri.  Diorang sendiri jugak yang cari penyakit, siapa yang suruh?
Kalau sebelum ini, 'Kesilapan Teknikal' dalam kertas undi.

Semalam, berlaku pulak 'Salah Kira Undi' bagi jawatan Naib Presiden. Pulak dah!!! Boleh pulak tersalah kita undi pulak? Bab nak mengira pun diorang kantoi jugak ke? Haduyai!!!

Ramai dah ahli perwakilan yang mula rasa kecewa dengan apa yang berlaku. Masing - masing dah mula rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan pemilihan PAS kali ini.

Mana tidaknya. Bila dah banyak sangat Kesilapan yang berlaku, memang nampak sangat la macam ada udang disebalik batu. Nak pulak keputusan awal semalam dah keluar.


Nampaknya Pas dan Dap sama-sama TIDAK TAHU MENGIRA.Kalau mengata SPR bukan main lagi,bila kena batang hidung sendiri pandai pula mereka menjawab.

Kalau pemilihan dalam parti sendiri pun dah tak telus macam mana,orang uang patut kalah ,tiba-tiba boleh menang pulak!!Memang pelik.
Ahli-ahli Pas tak nampak ke pembohongan yang sedang dilakukan oleh ahli majlis tertinggi dalam Pas untuk mengekal kuasa mereka.

Poorah lah Pas.Menagata orang paku serpih mengata orang dia yang lebih!!

Pas dan Dap dua kali lima sahaja.Dua-dua bodoh mengundi.!!

Salah cetak kertas undi: AJK letak jawatan?

Ekoran berlaku kesilapan dalam mencetak kertas undi, Jawatankuasa Pemilihan Pas 2013-2015 mengumumkan peletakan jawatan, sebentar tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi berkata, perkara yang berlaku itu amat dikesali dan atas dasar tanggungjawab, jawatankuasa itu membuat keputusan untuk meletakkan jawatan.

"Kami rasa amat kesal dengan masalah teknikal yang berlaku semalam dalam proses pengundian.

"Hakikatnya kami dapat kesan kesalahan teknikal. Kami semuanya sebulat suara meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas dengan baik.

"Tapi proses pemilihan perlu diteruskan bagi mengelakkan sebarang keraguan," katanya ketika ucapan permohonan maaf pada Muktamar Pas ke-59, di sini, hari ini.


Kalau SPR yang salah bukan main lagi dikutuk dan diselar oleh pembangkang.Tapi bila mereka yang salah setakat pemilihan dalam Pas sahaja tahu pula nak tutup.
Itulah suka lagi mengata orang, kan dah dapat balasannya.