Halaman

Isnin, 25 November 2013

Biar Betul Pas Tak Terima Orang Seni

"Terimalah kami anak-anak seni untuk bersama tuan puan," demikian kata perwakilan Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pas Pusat, Dr Muhaimin Sulam berhubung persembahan malam Sabtu lalu yang dianggap tidak sesuai dengan imej parti.

Muhaimin berkata, Pas perlu meraikan perbezaan sekiranya mahu menarik lebih ramai menyokong parti tersebut.
"Kawan-kawan, kita perlu menerima hakikat bahawa wujud kepelbagaian dalam masyarakat kita.

"Jangan kita hanya berbicara mengenai fekah namun tidak memahami mengenai sosial masyarakat," katanya.
Pada Jumaat lalu, persembahan Rock Metal anjuran Lajnah Kebudayaan dan Keseniaan Pas telah mencetuskan kontoversi apabila ada pihak berpendapat ia tidak bersesuaian dengan imej parti itu.

Sementara itu, menyentuh perkara sama, Muhaimin juga menganggap, keterbukaan Datuk Abu Bakar Chik ketika merasmikan konsert tersebut dengan memukul  drum sebagai simbolik perasmian telah berjaya memikat hati anak muda.
"Disebabkan keterbukaan itu juga mungkin membuatkan Selangor mengekalkan kemenangan dalam PRU13 Mei lalu, sementara Kedah, Terengganu kalah.

" Bagi saya walaupun dianggap keras (nyanyian rock-metal) tersebut tetapi ia tidak menyalahi prinsip parti. Oleh itu, marilah sama-sama kita menerima perbezaan tersebut," katanya.


Biar betul Pas tak boleh terima Anak-anak seni,bukankah Pas dah terima Abby si meroyan ,Hairi Othman ,Aishah dan laina-lain lagi.Padahal mereka semua anak-anak SENI kan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan