Halaman

Isnin, 25 November 2013

Pas sedia muzakarah lagi dengan Umno

Pas melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan Umno dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kalau dia (Umno) kata nak laksanakan Islam dengan bersungguh-sungguh, mari kita muzakarah.

"Pas bersedia untuk bermuzakarah dengan Umno dalam usaha pelaksanaan Islam. Media, siar perkara ini.

"InsyaAllah ulama-ulama kita akan turun. Kita ramai ahli-ahli (pelbagai bidang), dia (Umno) hendak yang tua pun ada, muda pun ada," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-59 di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau membangkitkan pelbagai tindakan Umno berkaitan isu-isu perjuangan Islam termasuk isu penggunaan kalimah ALLAH.
 
Jelas Abdul Hadi, kesediaan Pas bermuzakarah itu dizahirkan dari kepakaran dan pemimpin mereka yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan.

"(Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk," katanya.

Abdul Hadi dalam pada itu mendakwa Umno, bagi mendapatkan kuasa memerintah, sanggup menumpukan strategi bagi mendapatkan dan menguasai undi Melayu semata-mata dan bukannya cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Menurutnya Umno mengambil pendekatan menabur semangat kebangsaan bercampur aduk dengan asabiyah (kekitaan) kebangsaan bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Menurutnya pendekatan Pas berbeza yang mana lebih memberi kefahaman Islam mengikut Al-Quran, ijmak (kesepakatan ulama) dan qias sekaligus pendekatan ini boleh difahami orang Melayu. - Bernama

Pas ni pelik ,dengan sesama Islam tak nak lah bekerjasama ,tapi dengan Dap bukan main lagi..Makin Aku tak faham dengan Pas ni!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan