Halaman

Isnin, 26 November 2012

Pas tuduh PM takut dengan pemerhati antarabangsa


Hariankini.com – Nak takut apa kalau tiada buat kesalahan? Presiden Umno Dato Seri Najib Razak dilihat cuba mencari alasan konon negara kita akan malu jika pemerhati antarabangsa dijemput membuat pantauan terhadap pelaksanaan pilihanraya di Malaysia.

“Jangan kita, negara luar campur tangan dalam negara kita yang mempunyai masa hadapan.

“Jangan bagi malu negara kita dengan meminta campur tangan negara luar sedangkan negara kita telah diiktiraf dunia dan ramai yang merujuk Malaysia dalam masalah pendamaian dan sebagainya,” kata Najib ketika berucap pada Himpunan Barisan 1 Malaysia di Pusat Perdangan Dunia Putra, semalam. PAS menuduh tentu kerajaan pimpinan Umno-BN bimbang jika tembelang mereka selama ini konon negara kita mengamalkan demokrasi, adil dan tidak diskriminasi terhadap rakyat yang tidak menyokong mereka akan pecah dan diketahui dunia. Sudah tentu mereka ini sangat tertekan.

Mengapa Pas begitu mengjharapkan campur tangan asing untuk negara sendiri?Kenapa Pas begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan dari kuasa asing? Negara yang berdaulat tidak penah mengharapkan campur tangan asing dalam pemerintahan mereka.Fikir sendirilah,apa yang akan jadi kalau Pas yang mentadbir negara, Pas sebenarnya tidak mampu melakukannya sendiri tanpa bantuan dari kuasa asing.Pas hanya akan merosakkan Malaysia dan mungkin Pas yang menyebabkan kita tidak mampu mempertahankan kemerdekaan yang kita ada sekarang.Pas nak menang,tapi sanggup menggadaikan maruah negara.Pas hanya membawa Malaysia kekancah kemusnahan.

Sumber: Harakahadaily 26 Nov 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan