Halaman

Isnin, 26 November 2012

Rakyat akan menggigit jari sepanjang hayat


Jangan sekali-kali! Penagih rasuah dan kuasa tidak akan mampu berubah. Mereka akan tetap melakukannya apabila mendapat kuasa. Air mata yang meleleh dari bibir mata Najib hari ini adalah air mata buaya. Jika BN mendapat mandat lagi yakinlah harta kita akan menjadi harta UMNO. Najib akan meneruskan pemborosan terhadap wang rakyat dan negara. Saya hendak bertanya jika beliau melakukan pemborosan, apa yang kita boleh buat selama 5 tahun itu? Jawapannya…..tidak boleh buat apa-apa lagi.

Rakyat akan akhirnya menderita dan menggigit jari sepanjang masa. Sudah 55 tahun rakyat dikelirukan. Kita belajarlah untuk menjaga maruah diri dan jangan dikelirukan lagi. 

Bersungguh -sungguh Pas ingin menghasut rakyat untuk membenci kerajaan sekarang yang banyak membawa perubahan dan kemajuan untuk negara.Begitu busuknya hati Pas pada kerajaan pimpinan PM kita yang disayangi.Dahlah pas tidak membawa apa-apa kemajuan pada negeri yang ditadbir, tapi mengapa perlu menghasut orang membenci kerajaan ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan