Halaman

Selasa, 29 Januari 2013

Pas Kelantan gagal bina pelabuhan darat

Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan,yang banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yang dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yang memberi manfaat kepada rakyat.Banyak projek segera menjelang pilihanraya yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya.Sekadar beberapa contoh,Pelabuhan Darat Kuala Krai,Jambatan Palekbang,Projek Tanaman Depu,Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja.Saban tahun rakyat ternanti-nanti sambil membilang jari entah bila tahunnya projek-projek tersebut akan siap untuk dinikmati.Tak mustahil,Lebuhraya Rakyat ini sama saja seperti yang lain.Penantian demi penantian.Saban hari kian ramai yang senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi untuk 
melunaskan 22 tahun amarah dalam hati.

Pas telah meletak batu asas untuk Pelabuhan Darat di Kuala Krai, namun sekarang belum nampak apa-apa, bahkan papan tanda pun sudah dipenuhi oleh pokok Kapal Terbang, bukannya Kapal Terbang.

Janji tinggal janji.Sampai bila rakyat Kelantan sanggup hidup dalam kemunduran dan kekurangan??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan