Halaman

Selasa, 29 Januari 2013

Warga emas mahu Khalid kotakan janji


Selepas hampir 17,000 rakyat negeri ini menuntut Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memenuhi pelbagai janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang masih belum ditunaikan, kini giliran warga emas pula mengambil tindakan menyaman kerajaan negeri bagi menuntut caruman takaful yang dijanjikan dalam manifesto yang sama.

Seramai 2,000 warga emas dari negeri itu mahu membuat tuntutan daripada kerajaan negeri berhubung caruman takaful sebanyak RM2,500 yang dijanjikan mereka semasa kempen PRU-12.

Setelah hampir lima tahun mentadbir Selangor, langsung tiada khabar berita mengenai janji manifesto untuk memberi perlindungan takaful kepada warga emas di Selangor daripada pihak kerajaan negeri

Jika caruman takaful tersebut diberikan kepada setiap seorang warga emas empat tahun lalu, jumlah caruman kini mampu meningkat menjadi RM4,000 berdasarkan keuntungan dan faedah semasa sepanjang tempoh tersebut.

Nak Selangor, dah dapat Selangor,tapi mengapa masih tidak laksanakan lagi janji-janji yang mereka tabur dulu.Mengapa sehingga hari ini ,masih ada lagi janji-janji pembangkang yang masih tidak dikotakan? Mengapa Khalid diam seribu bahasa?bila lagi nak berbakti pada rakyat? ni dah nak PRU13 dah,tapi janji lama pembangkang masih banyak tidak dikotakan lagi..Takkan rakyat Selangor harus menunggu lima tahun lagi??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan