Halaman

Rabu, 6 Mac 2013

Kejinya pembangkang menuduh kejadian di Sabah sebagai sandiwara kerajaan

Ceroboh Sabah: Masa untuk runding sudah tamat, tegas Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  perbuatan menuduh peristiwa pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara kerajaan adalah perbuatan yang cukup keji.Manusia yang tergamak berkata sedemikian adalah mereka yang tidak mempunyai perasaan dan tidak berhati perut!

Umno telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chang berhubung kenyataan beliau yang mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

   
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan semalam berkata tindakan itu diambil melalui Penasihat Undang-Undang parti iaitu Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.
   
Beliau berkata notis telah dihantar kepada Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu menuntut supaya beliau dalam tempoh tujuh hari bermula semalam berhenti membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu tersebut atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno.

Agak-agaklah  sikit nak kata ini sandiwara kerajaan,sudah lapan nyawa yang terkorban,nyawa manusia yang ada isteri,anak dan ibu bapa.Isu yang melibatkan nyawa bukan lah isu yang boleh dibuat main.Ada insan yang sedang menderita dan masih meratapi pemergian lapan perwira kita yang gugur,tapi pihak pembangkang begitu lancang sekali mengatakan ini adalah sandiwara kerajaan.Mana perginya sifat berperikemanusiaan dan simpati mereka ini semua??Mungkin sebab bukan ahli kelaurga mereka yang terkorban sebab itulah sesedap mulut longkang mereka sahaja untuk membuat kenyataan.Bagaimana mereka hendak membela nasib rakyat jika mereka diberikan kuasa untuk memerintah kalau mereka masih bersikap mementingkan diri sendiri lagi!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan