Halaman

Rabu, 6 Mac 2013

Ye lah tu, Philippine Inquirer bagi Anwar buat penjelasan..



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini berkata beliau telah diberi peluang untuk membuat penjelasan bagi membersihkan namanya oleh media Filipina berhubung laporan media negara berkenaan yang mendakwa sumber risikan Filipina yang mengaitkan seorang pemimpin Sabah yang rapat dengannya berjumpa dengan Sultan Sulu.

Anwar berkata, Philippine Inquirer telah menghubunginya pagi tadi untuk membolehkan beliau memberi penjelasan berhubung perkara itu ekoran penafiannya semalam berkenaan penglibatan beliau dengan insiden pencerobohan di Sabah.

“Saya telah dihubungi Philippine Inquirer pagitadi untuk memberikan penjelasan melalui radio secara langsung dan akhbar mereka.
Keadaan itu jelas Anwar berbeza dengan laporan media di Malaysia yang telah pun disamannya, stesen televisyen TV3 dan akhbar Utusan Malaysia, kerana terus mendakwa penglibatan beliau dengan insiden pencerobohan oleh militan Filipina di Sabah tanpa mendapatkan penjelesannya.
Philippine Inquirer sebelum ini memetik sumber risikan tentera Filipina Jumaat lalu melaporkan bahawa seorang pemimpin politik Sabah yang rapat dengan Anwar berjumpa dengan penceroboh bersenjata.

Pelik Anwar ni, bila diberi peluang taknak pula,memberi kenyataan,ada sahaj alasannya.Tapi bila tak diberi peluang,kerja asyik nak menyaman orang sahaja.Apa punya jenis manusialah Anwar bangsat ni!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan