Halaman

Rabu, 6 Mac 2013

NGO desak ekstradisi Jamalul Kiram

Pelbagai pihak meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokongan melalui beberapa kenyataan.
Penganalisis politik Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pada dasarnya bersetuju dengan desakan itu, namun mahu pertuduhan kukuh berlandaskan undang-undang dikaji terlebih dahulu.
Tindakan sewajarnya diambil terhadap Jamalul Kiram, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan berkata pencerobohan itu mengakibatkan kekejaman di wilayah berdaulat, dan ini tidak boleh diterima. 
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) juga mengecam insiden di Lahad Datu, Sabah sambil menyifatkan tindakan membakar foto Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh penunjuk perasaan di Manila semalam sebagai tindakan yang tidak boleh diterima.

Sumber: Sinar Harian 6 Mac 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan