Halaman

Rabu, 27 November 2013

Rahsia Kebencian Pas Terhadap Umno

PAS telah dipecat daripada BN. Sesungguhnya Tun Hussien Onn pada ketika itu, sangat berat hati untuk melepaskan PAS namun kerana beberapa sebab untuk melihat Barisan Nasional bertahan, maka sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Maka, kita menyaksikan sekali lagi orang Melayu berpecah.
Isu tersebut terus dilupakan... dan PAS terus menyimpan dendam berahi mereka ini sehinggalah hari ini, yang menyaksikan betapa goyahnya kuasa politik bangsa melayu ini di atas bumi mereka. Maka, mulalah muncul beberapa tokoh yang sangat ingin menyaksikan bangsa Melayu kembali bersatu di atas bumi mereka ini. Antaranya ialah Mufti Besar Perak dan Pengerusi Sayap Ulamak UMNO, Ustaz Fathul Bari. 

Beberapa cadangan dibangkitkan, namun sekali sikap acuh tak acuh menggagalkan usaha murni mereka ini. Kadangkala, mereka berlakon malaikat menerima pelawaan untuk bermuzakarah, demi kesatuan ummah, dan keesokan harinya, mereka menjadi sesumpah yang tiba-tiba lantang menentang idea tersebut. 

Hal ini dipercayai kerana KEGENTARAN dan SIKAP PAS yang tidak MEMPUNYAI TELUR ketika berhadapan dengan ANGKATAN DAP dan sekutunya, yang dipimpin si penghuni kerusi roda, Karpal Singh. 

Maka, ada yang menyoalkan mengapakah PAS rela menerima DAP berbanding mereka yang sebangsa dengan mereka, malah SEAGAMA juga. Maka, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Syura Ulamak PAS berkata tidak salah untuk berkogsi kuasa dengan yang bukan Islam. Anak kesayangan Pak Nik... bukan itu isunya, tetapi... tentang pegangan parti kamu dahulu bahawa haram bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk mentadbir negara. 

Kenapa baru hari ini mereka berkata sedemikian? Wahai anak kesayangan Nik Aziz... tidak ingatkah kamu ketika waktu dahulu... 

Jangan jadikan prinsip "Walhalalku, walharammu" sebagai pegangan ya? Tak perlu berdalih kalau mahu melihat kesatuan ummah. Kalau saya dapat patahkan dalil-dalil PAS yang kononnya mengharamkan mereka daripada berstau dengan UMNO kembali, apakah PAS akan kembali kepada parti mereka ini? Daripada menjadi serpihan UMNO seperti PAS?


Tahukah anda bahawa ketika PAS dan UMNO bersatu dahulu, Dato’ Haji Mohamad Nasir dipilih untuk menerajui jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dan UMNO tidak langsung mencampuri urusan tersebut. Namun, selepas beberapa ketika, Datuk Nasir dilucutkan jawatan. 

UMNO telah mengambil sikap berkecuali dalam hal ini. Namun, siapa sangka yang peristiwa pemecatan Datuk Nasir telah menimbulkan darurat kepada Negeri Kelantan. Terdapat huru-hara berlaku di Kelantan dan rusuhan semakin bernanah. Tun Hussien Onn pada waktu itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengisytiharkan undang-undang Darurat. Huru-hara ini berpunca daripada kumpulan Datuk Nasir di dalam PAS yang tidak puas hati. 

Namun, apabila UMNO mengambil alih buat seketika tampuk pemerintahan KELANTAN dari PAS bagi meredakan huru-hara sehingga Kelantan bernanung di bawah perintah darurat, PAS pula tidak berpuas hati dengan tindakan UMNO ini. PAS menganggap bahawa UMNO masuk campur dalam urusan pemerintahan PAS di Kelantan.

Maka, bermula pada saat ini provokasi demi provokasi dilakukan oleh PAS kepada UMNO. Maka, PAS berpecah kepada dua puak pada waktu itu, puak yang masih menyokong kesatuan UMNO-PAS di dalam BN dan PUAK yang menentang kesatuan dua parti bangsa melayu ini. 

Pelbagai usaha dilakukan untuk menggulingkan presiden PAS pada waktu itu iaitu Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Krisis dalaman PAS ini mengakibatkan penubuhan serpihan PAS iaitu BERJASA dan HAMIM. 

Ditambah dengan provokasi demi provokasi PAS ini dilihat bakal meranapkan Barisan Nasional, maka Tun Hussien Onn dengan berat hati terpaksa melepaskan PAS daripada Barisan Nasional. Namun pada hari ini, idea kesatuan bangsa kembali dibangkitkan, maka UMNO pula disalahkan?

Krisis yang bermula daripada pucuk pimpinan PAS sendiri, UMNO dipersalahkan kononya menjadi "SI PENJAHAT" yang menikam "SAHABAT". 

Wahai sahabat seagama dan sebangsaku yang masih bernaung dalam PAS, anda berjuang mengenai Islam, tahukah anda apa yang Rasulullah lakukan ketika menubuhkan Negara Islam Madinah? Menyatukan dulu Ansar dan Muhajirin. Perpaduan itu jelas sangat penting dalam agama Islam. Perpaduanlah yang membuatkan Islam tersebar luas sehingga dapat kepada kita. 

Mengapa hari ini, anda yang memperjuangkan Islam menolak kesatuan ini? 

2. Isu Hudud

Ya, isu hudud ini didendangkan oleh mereka yang begitu benci kepada UMNO. UMNO tak mahu laksanakan HUDUD. PAS tidak akan berkerjasama dengan SI SEKULAR. 

Wahai saudara seagama dan sebangsa dengan saya yang berada di dalam PAS, hari ini anak muda yang masih mentah dalam mengenal dunia ini mahu melontarkan teguran. Saya yakin bukannya isu hudud yang menjadi persoalannya, tetapi dendam anda terhadap UMNO apabila pengasas parti kalian tidak dipilih ketika untuk menjadi pengganti Dato' Onn tetapi Tunku Abdul Rahman. Dendam itu jelas sedang mengalir dalam sarah anda semua...

Anda rela memilih si Chauvanist DAP dan si Liberalisme PKR daripada untuk bersama dengan abang yang telah kalian tinggalkan kerana tidak mendapat kuasa. Malah, kebencian anda semua telah membawa kepada Amanat Haji Hadi. 


Amanat Hadi telah menimbulkan pepercahan TERBESAR dalam BANGSA MELAYU YANG YAKNI BERAGAMA ISLAM!

Solat di masjid mula mempunyai dua Imam. Imam yang menyokong UMNO diakui sebagai kafir manakala solatnya tidak sah. Sembelihan orang UMNO tidak sah sedangkan dalam Islam, sembelihan Ahli Kitab itu masih halal untuk dimakan. Kemuncaknya kebencian PAS pada UMNO ialah peristiwa Memali. 

Namun hari ini, apa yang Haji Hadi ini buat? 

Mampukah muzakarah ini menyatukan dua parti Melayu dan Islam terbesar di Malaysia ini???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan