Halaman

Rabu, 27 November 2013

Umno Selamanya

Umno akan terus melaksanakan program membela rakyat di samping memperkemaskan kedudukannya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kemasukan beberapa muka baru dalam kepimpinan negeri, selepas pemilihan parti baru-baru ini, akan membantu menggerakkan pelbagai program yang dirancang.

Untuk itu, beberapa biro diwujudkan untuk membantu memperkasakan orang Melayu termasuk dari segi ekonomi, usahawan, latihan, pendidikan dan pengaduan awam.

“Kita juga tidak meminggirkan orang Cina dan India dengan bantuan rakan komponen BN iaitu Gerakan, MCA dan MIC yang turut menampilkan muka baru dalam kepimpinan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno Pulau Pinang petang kelmarin.

Menurutnya, beberapa sekretariat turut diwujudkan untuk merangka strategi dari segi memperkasakan parti dan menghadapi PRU14 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, Zainal Abidin turut mengumumkan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Umno masih relevan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan