Halaman

Isnin, 16 Disember 2013

Idris Jala gesa BN dan Pakatan satu hati dalam isu pendidikan

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tidak boleh politikkan pendidikan supaya Malaysia tidak tercicir, kata Senator Datuk Seri Idris Jala. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2013.
Senator Datuk Seri Idris Jala menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bersatu hati dalam isu pendidikan negara, bagi mengelak Malaysia tercicir lebih jauh.
Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) itu berkata, kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat dalam perkara lain tetapi tidak dalam isu pendidikan negara.
"Satu perkara yg saya harap ialah BN dan PR satu hati dan tidak mempolitikan pendidikan.
"Lupakan perbezaan dalam isu pendidikan. Kamu boleh berbeza dalam perkara lain tapi tidak dalam pendidikan," katanya yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di forum Program Transformasi Ekonomi di Putrajaya hari ini. - 16 Disember, 2013.

Sudah cukup sudah,takkan semua benda nak dipolitikkan..agak-agak lah!!bosan la wei

Tiada ulasan:

Catat Ulasan