Halaman

Selasa, 17 Disember 2013

Kerajaan boleh tangguh kenaikan Tol

Tol: Kerajaan boleh tangguh kenaikan

Kerajaan berkuasa menangguhkan kenaikan kadar tol melalui rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, perkara itu boleh dipersetujui apabila kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

Katanya, kerajaan boleh berunding dengan pihak konsesi berkenaan apakah bentuk timbal balik yang boleh diwujudkan bagi mengelak kadar tol dinaikkan.

“Mungkin berlaku kenaikan (kadar) 10 peratus. Maka kerajaan perlu membayar penalti berdasarkan kekurangan yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut beliau, kerajaan ada budi bicara untuk berbincang dengan syarikat konsesi terlibat, mengenai keputusan menaikkan kadar tol itu.

“Kerajaan mungkin tidak boleh tanggung (kos meningkat) selama-lamanya, tetapi kerajaan mampu tangguhkan kenaikan (kadar tol) dalam tempoh tertentu, ” katanya.


Cukup-cukuplah membebankan rakyat dengan segala kenaikan selama ni.Rakyat marhaen memerlukan pembelaan bukannya penindasan seperti ini!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan