Halaman

Isnin, 4 Februari 2013

BN sudah banyak bawa perubahan dulu ,ini dan selamanya

"Kita mahukan perubahan yang boleh membawa perubahan sebenar dan kemajuan sebenar, bukannya yang tidak tersusun dan kelam-kabut," kata Perdana Menteri,Datuk Seri Najib .

Najib berkata ada pihak tertentu yang menguar-uarkan kononnya mahu membawa perubahan kepada negara ini pada pilihan raya umum akan datang.
"Semua itu semata-mata untuk meraih undi, mereka sanggup menjanjikan matahari dan bulan dan malahan seluruh sistem galaksi kepada orang ramai.
"Tetapi, sebenarnya kerajaan Barisan Nasional yang telah berbuat banyak dalam membawa perubahan, dan malahan penduduk di kawasan luar bandar turut menikmati hasil daripada perubahan itu. 
"Kita akan lakukan lebih banyak lagi untuk masa depan kerana ia merupakan proses jangka panjang dan tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa. Kita akan tunaikan apa yang telah kita janjikan," katanya.
Najib berkata kerajaan tidak perlukan mana-mana muka baru atau yang baru muncul untuk membawa perubahan di negara ini.
Bukan seperti pembangkang yang cakap tidak serupa bikin.Cakp sahaja lebih,tapi apa pun tak ada.Tengok sahajalah apa yang jadi pada negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang? makin maju ke atau makin mundur?tengok je lah apa yang jadi pada Kelantan?terus -terusan hidup dalam kemunduran dan kemiskinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan