Halaman

Isnin, 4 Februari 2013

Guan Eng memang manusia tiada adab dan kurang ajar!!

Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dikecam kerana menurunkan banner Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan "Gong Xi Fa Cai" (Tahun Baru Cina) kepada masyarakat Cina di negeri itu.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, langkah kerajaan negeri itu merupakan satu tindakan keterlaluan berikutan maklum balas diterima juga menunjukkan beberapa individu telah memijak gambar Najib selepas banner diturunkan.

Yen Yen berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu memohon maaf atas tingkah laku tidak sopan terhadap seorang Perdana Menteri Malaysia.
"Jangan terlalu taksub dengan politik. Ada benda yang anda tidak boleh mempolitikkan sekiranya ia untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang. Jadilah kerajaan bertanggungjawab dan memberi khidmat baik kepada rakyat. Jika kerajaan persekutuan mahu membantu, biarkan aja," katanya.

Yen Yen berharap rakyat Pulau Pinang memahami dan merasakan keikhlasan kerajaan pusat untuk memakmurkan negeri itu berikutan sekitar RM140 juta dibelanjakan sebelum ini untuk merancakkan industri pelancongan di negeri tersebut.


Sedarlah Guan Eng, Kau ambil Pulau Pinang dari BN dalam keadaan yang maju dan makmur.Apa yang ada kat Pulau Pinang sekarang, bukan usaha kau pun,tapi usaha kerajaan BN selama ini.Janganlah nak bangga diri sangat.Sedarlah diri yang Kau dan sekutu kau hidup senang selama ini pun hasil pemerintahan BN.Jangan nak jadi manusia yang biadab dan kurang ajar pula!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan