Halaman

Isnin, 4 Februari 2013

Khalid cakap tak serupa bikin


Menteri Besar tidak perlu bersandiwara. Loji adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri malah ada syarikat loji rawatan milik kerajaan negeri.  Untuk pastikan bekalan cukup juga adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Syabas hanya mengagihkan air yang dirawat oleh loji rawatan. Siapa yang perlu dipersalahkan jika air tidak cukup: kerajaan negeri atau Syabas? Ini hanya taktik lapok mereka supaya rakyat terus menyalahkan Syabas.

Meminjam analogi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang menggunakan padi dan beras sebagai contoh: rakyat mahukan beras, bukannya padi. Air empangan ibarat padi manakala air terawat ibarat beras. Kecuali Menteri Besar dan barisan exco mahu makan padi, mereka boleh guna air dari lombong atau air empangan sedia ada. Bagaimana mana mahu mendapatkan beras jika kilang memproses padi tidak mencukupi? Itulah senario yang pelru difahami sekarang.
Kalau Menteri Besar telus, kita cabar beliau buka tender membina Loji Langat 2. Jangan bersandiwara lagi. Kita yakin jika Loji Langat 2  siap dibina kelak, harga air tidak akan naik malah akan menjadi lebih murah kerana bekalan sudah banyak dan lebih daripada mencukupi.

Belum buat loji macam mana Menteri Besar tahu harga air akan naik?  Buat dahulu baru tahu. Kerajaan negeri hanya sedia tanah kerana kos pembinaan loji akan dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat. Malah selepas siap, loji tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri seperti mana loji-loji yang lain.

Kita nasihatkan Menteri Besar dan barisan exco, cukup-cukuplah menipu rakyat. Kalau tidak mampu menjalankan tanggungjawab, Menteri Besar dan exco boleh letak jawatan. Jangan nak berlagak pandai tapi tidak ubah seperti ‘ayam berkokok ekor bergelumang tahi’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan