Halaman

Selasa, 19 November 2013

MyHome harapan untuk dapatkan rumah


MyHome adalah program baru diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 sebagai langkah menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. 
Sebelum ini, skim itu menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada pemaju swasta mengikut lima kriteria, antaranya pemaju perlu membina sekurang-kurangnya 20 peratus rumah kos rendah dan 20 peratus rumah kos sederhana dalam satu projek perumahan. Harga jualan maksimum rumah kos rendah ialah RM45,000 dan rumah kos sederhana ialah RM170,000.

Mengenai pendekatan kementerian menjayakan projek pembinaan kediaman untuk rakyat, Abdul Rahman berkata, Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk merangka strategi dan pelan tindakan bagi memastikan nilai harga dan penyediaan rumah dilaksanakan dengan lebih cekap dan cepat.

 laporan dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 4.67 juta unit rumah dibina sehingga Jun lalu, termasuk rumah teres, teres dua tingkat, rumah berkembar, kondominium, kos rendah dan sederhana.

Harap generasi muda sekarang dapat membeli rumah dengan adanya program MyHome ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan