Halaman

Selasa, 19 November 2013

Petronas umpama kacang lupakan kulit??

'Petronas tidak pinggir Melayu'

BUKAN mudah untuk menjadi syarikat yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, tetapi dalam masa sama perlu menjaga status sebagai antara syarikat antarabangsa terbesar di dunia.

Dilema itu dihadapi Petroliam Nasional Bhd (Petronas), syarikat petroleum negara ditubuhkan hampir 40 tahun lalu yang kini mencapai kejayaan luar biasa sehingga tersenarai dalam kumpulan syarikat terbesar Fortune Global 500.
Disebabkan kedudukan unik itu, Petronas tidak pernah lekang dikaitkan dengan pelbagai isu dan kontroversi, dengan syarikat itu baru-baru ini dilabelkan sebagai kacang lupakan kulit selepas didakwa mengamalkan dasar baharu yang meminggirkan syarikat Bumiputera dan Melayu dalam pemberian kontraknya.

Sehubungan itu, pertemuan wakil Petronas dengan Sinar Harian diatur bagi menjelaskan dakwaan pelbagai pihak terhadap syarikat itu, terutama peranannya dalam membantu usahawan minyak dan gas Bumiputera dan Melayu.

Ternyata, syarikat itu kecewa dengan tohmahan demi tohmahan yang diterima mereka.

“Bukan kami mahu kata Petronas tak perlu perbaiki apa-apa, memang masih ada ruang penambahbaikan.

“Kami sedia terima kritikan membina, bukan hentaman,” kata pegawai kanan Petronas yang enggan namanya didedahkan.

“Selama ini kami bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan dalam industri ini untuk sentiasa menambah baik cara, prosedur dan dasar kami,” tambahnya.


Beliau adalah antara individu bertanggungjawab untuk Program Pembangunan Vendor (VDP) Petronas serta pemilihan kontraktor.


Sepatutnya kita berbangga dengan Petronas bukan hanya tau nak menghentam dan menjatuhkannya sahaja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan