Halaman

Selasa, 19 November 2013

Polis tembak adik teman wanita


Tidak puas hati kerana hajat untuk bertunang ditentang keluarga kekasih, seorang anggota Polis Bantuan menembak adik lelaki teman wanitanya itu dalam kejadian di Taman Megah, Sungai Jelok, di sini jam 8.30 pagi semalam. 

Lelaki berusia 27 tahun itu sebelum itu dipercayai ke rumah kekasihnya untuk menyelesaikan masalah peribadi, namun dihalang mangsa, T Solomon Stallin, 25, hingga kedua-dua mereka bertengkar sebelum dia melepaskan beberapa das tembakan termasuk satu terkena mangsa yang menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam rumah. 

Amat membimbangkan apabila polis pun dah  sewenang-wenangnya memgunakan senjata api untuk menakut-nakutkan orang awam.Harap pihak KDN mengambil serius perkara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan