Halaman

Selasa, 19 November 2013

Pas dan Memali

Isu AMANAT HAJI HADI sememangnya bersangkutan banyak dengan akidah umat Islam. Terlalu banyak bidaah yang dilakukan oleh puak-puak PAS yang konon-kononnya untuk menyucikan akidah mereka. Anehnya, AMANAT tersebut, seandainya tidak bersangkutan paut langsung dengan UMNO sepertimana yang dihujahkan oleh para pecacai PAS di media maya sekarang ini, bagaimana mungkin sembelihan, perkahwinan, imam solat dan sebagainya boleh dibubarkan dengan sebegitu mudah hanya kerana songkok hitam dan kepiah putih atau UMNO dan PAS? 
dalam isu TABUNG DERMA MEMALI dan AMANAT HAJI HADI, ada buku dari orang PAS sendiri yang menerangkan perkara sebenar. Perkara yang langsung tidak berani disentuh, dikupas, dan dijelaskan oleh para pemimpin PAS, melainkan mengerah pecacai mereka menghina peribadi si penulis kedua-dua buku berkenaan selain cubaan menghalang buku-buku tersebut daripada beredar di pasaran dan dibaca lebih ramai orang.
memali
Bagi mereka yang mahu penjelasan sebenar tentang AMANAT HAJI HADI dan TABUNG DERMA MEMALI yang seringkali cuba diputarbelit oleh para pemimpin PAS, dapatkan dengan segera kedua-dua buku ini kerana hanya menerusi buku ini sahajalah, gambaran sebenar kedua-dua isu berkenaan dapat dijelaskan dengan lebih mudah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan