Halaman

Selasa, 10 Disember 2013

Jabatan Penerangan tambah siri penjelasan GST

GST

Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan akan menambah siri penjelasannya berhubung isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya orang ramai masih lagi kabur mengenai kelebihannya.

Pengarahnya Aziman Hasan berkata bagi Wilayah Persekutuan setakat ini, tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai, memuaskan.

"Disebabkan mereka menetap di kawasan bandar dan lebih terdedah kepada informasi mengenai GST, pemahaman mereka mungkin lebih tinggi berbanding mereka yang menetap di kawasan lain atau di negeri-negeri," katanya kepada media pada majlis penerangan GST anjuran jabatan berkenaan.

Aziman berkata sebaik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2014 di Parlimen, jabatan penerangan terus mengadakan sesi taklimat kesedaran rakyat itu.
Selain di Wilayah Persekutuan, siri penjelasan tersebut turut dijalankan di seluruh negara, katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan