Halaman

Selasa, 3 Disember 2013

Khalid minta PM naikkan gaji Ahli Parlimen

Selepas dikritik pelbagai pihak berikutan keputusan menaikkan gaji anggota pentadbiran Selangor sehingga 373 peratus, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat juga mengambil langkah sama. 

Abdul Khalid berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu menaikkan gaji Ahli Parlimen dan beliau akan menjadi orang pertama memberikan sokongan jika Perdana Menteri mengemukakan cadangan itu. 


“Saya sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak akan memberikan sokongan sekiranya Perdana Menteri mengemukakan cadangan kenaikan itu. 


“Saya rasa Kerajaan Pusat juga perlu naikkan gaji dan elaun Ahli Parlimen. Mungkin sebelum ini Ahli Parlimen pakatan pembangkang membantah, tetapi saya berpendapat Perdana Menteri kena buat usul sekali lagi, selepas itu saya akan sokong,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam. 

Kelmarin, Perdana Menteri menyifatkan kerajaan PKR Selangor sebagai hipokrit kerana menaikkan gaji dan elaun Menteri Besar, EXCO dan ADUN, tetapi membantah apabila beliau mencadangkan kenaikan elaun Ahli Parlimen.



Khalid cuba nak "cover line" pulak.Biasalah dah buat salah siap yang nak mengakukan.!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan