Halaman

Selasa, 3 Disember 2013

Larangan pulau saudara seagama lebih daripada tiga hari

Anas berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Saudara sekalian jangan saling membenci, jangan dengki mendengki, saling tidak menghiraukan dan memutuskan hubungan. Saudara sekalian jadilah hamba Allah yang bersaudara antara satu sama lain. Orang Islam tidak dibenarkan memulaukan saudaranya lebih daripada tiga hari.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kebebasan hak asasi manusia yang kini terus diperjuangkan pihak tertentu sewajarnya menjentik pemikiran kita terhadap kewajipan menjaga hubungan serta silaturahim sesama manusia tidak kira latar belakangnya.


Kita perlu beringat bahawa orang lain juga mempunyai hak mereka dan ada antaranya perlu diberi oleh kita. Oleh itu, hakikat sebenarnya ialah tiada siapa memiliki hak kebebasan yang mutlak."

Kebebasan yang dilaungkan menyebabkan manusia semakin mementingkan diri dengan menganggap mereka bebas melakukan apa saja, malah ada yang merasakan diri mereka kebal hingga tergamak melukakan pihak lain.

Justeru, dalam memenuhi kehendak diri, kita perlu beringat bahawa orang lain juga mempunyai hak mereka dan ada antaranya perlu diberi oleh kita. Oleh itu, hakikat sebenarnya ialah tiada siapa memiliki hak kebebasan yang mutlak.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis lalu diampunkan dosa setiap hamba Allah yang tidak menyekutukan Allah dengan apa sekali pun. Kecuali orang yang ada konflik dengan saudaranya, dikatakan: Tunggu sehingga mereka berdua berdamai. Tunggu sehingga mereka berdua berdamai.” (Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan