Halaman

Sabtu, 21 Disember 2013

Jasa Tentera Dibalas

 Sebanyak 211 daripada 1,055 rumah mampu milik dan kos sederhana rendah yang dibina di Taman Mutiara Rini, Skudai, diperuntukkan kepada bekas dan anggota tentera. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata projek itu yang dibangunkan Mutiara Rini Sdn Bhd membabitkan pembinaan 748 rumah berkembar dengan keluasan 111.5 meter persegi dijual pada harga RM220,000 seunit. 

Baki 307 unit lagi membabitkan pembinaan rumah teres sederhana murah berkeluasan 79 meter persegi dijual dengan harga RM80,000 seunit. 


Semua rumah berkenaan dijadual siap sepenuhnya tahun depan. 

“Kerajaan negeri membuat keputusan ini bagi memberi peluang kepada golongan berkenaan memiliki rumah dalam kawasan yang pesat membangun,” katanya pada majlis pengundian rumah mampu milik dan rumah kos sederhana rendah untuk kuota bekas dan anggota tentera di Taman Mutiara Rini di sini, semalam. 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil dan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Jeneral (B), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor. 

Mutiara Rini Sdn Bhd adalah bahagian hartanah Kumpulan Boustead. Sejak dilancarkan pada 1996, syarikat itu berjaya menyiapkan projek pembangunan membabitkan kawasan seluas 376.4 hektar dengan 7,000 rumah pelbagai jenis. 
Sementara itu, Pengerusi Boustead Holdings Berhad, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat, berkata rumah mampu milik itu selaras dengan inspirasi Kerajaan Pusat yang mahu menyediakan kediaman kepada golongan berpendapatan rendah
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan