Halaman

Sabtu, 21 Disember 2013

Pakar ekonomi, NGO sokong kaedah baru ganti BR1M

Pakar ekonomi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersetuju satu kaedah baru lebih berkesan diperkenalkan bagi menggantikan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

Mereka juga berharap kaedah itu merangkumi aspek mendidik rakyat untuk berdikari dan mengurangkan kebergantungan mereka kepada bantuan kerajaan. 
Pakar ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam, berkata apa saja kaedah baru diperkenalkan menggantikan BR1M, ia perlu mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan. 


Ekonomi tidak kukuh 

“Pemberian BR1M adalah baik, namun jika ia diberi setiap tahun, rakyat akan terus bergantung kepada BR1M saja. Ini boleh menyebabkan pembangunan ekonomi tidak kukuh dan tidak maju. 

“Lebih baik gunakan wang itu untuk memperkasa murid sekolah supaya apabila keluar nanti mereka boleh berdikari dan tidak perlu bantuan kebajikan. 

“Ini boleh dilakukan dengan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik murid, selain memberi latihan dan pendedahan. Ada kalangan mereka tidak bekerja dan hanya bergantung kepada BR1M saja,” katanya kepada BH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan