Halaman

Selasa, 26 November 2013

Jangan belitkan isu GST


Apa itu GST ?

Kadar GST
Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%)
dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang.
Mengapa GST perlu dilaksanakan?
Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi
menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien
dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya:
-
Cukai terselindung
Kesan
:
cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada
pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin
keuntungan.
Cukai bertindih
Cukai bertindih
(double taxation)
berlaku di dalam dua keadaan iaitu:
-
1.
Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu samada di bawah cukai jualan atau di
bawah cukai perkhidmatan.
Kesan
:
Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai
perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian daripada kos menyediakan
perkhidmatan kepada pengguna.
2.
Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan
cukai jualan serta cukai perkhidmatan.
Kesan
: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan
merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan
dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Apakah barang atau perkhidmatan yang dikenakan GST ?
Semua barang dan perkhidmatan dikenakan pada kadar standard iaitu 4% melainkan
barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan
pembekalan yang dikecualikan.
Apakah barang
-
barang yang tidak dikenakan GST?
Hampir semua barang makanan asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayur
-
sayuran, ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan
berkadar sifar). Rujuk
Jadual 1
.
Selain daripada itu, barang dan perkhidmatan yang dieksport juga tidak dikenakan GST
bagi menjadikan eksport negara lebih kompetetif di peringkat antarabangsa.
Apakah perkhidmatan yang tidak dikenakan GST?
Perkhidmatan asas yang digunakan rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam,
pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kewangan dan tol lebuhraya tidak dikenakan GST
(pembekalan yang dikecualikan). Selain itu, terdapat juga perkhidmatan terutamanya yang
dieksport tidak dikenakan cukai (pembekalan berkadar sifar). Rujuk
Jadual 2
dan
Jadual 3
.
Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dalam membendung
aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan?
Pengguna juga boleh memainkan peranan di dalam membendung aktiviti pengambilan
keuntungan berlebihan ini. Pengguna sepatutnya:
-
·

membuat perbandingan harga sebelum berbelanja;
·

sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna;
·

melaporkan apa
-
apa kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang
berwajib atau persatuan pengguna; dan
·

berbelanja secara berhemah.
Pandangan bahawa mereka yang tidak membayar cukai penggunaan pada
masa sekarang terutamanya golongan miskin perlu membayar cukai
penggunaan apabila GST dilaksanakan.
Pada masa sekarang, rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar
cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.
Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam inbois atau
resit kerana ianya terselindung di dalam harga barangan.
Sebagai contoh bagi setiap
RM100
yang dibelanjakan oleh golongan miskin, sebanyak
RM2.38
adalah untuk cukai. Tetapi apabila GST dilaksanakan dan dikenakan pada
4%
,
beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada
RM2.17
sahaja. Ini merupakan
penjimatan di dalam perbelanjaan harian mereka.
Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (IHP) akan mengalami
penurunan sebanyak 0.10%. Berdasarkan kajian tersebut, GST yang dikenakan pada
kadar 4% akan dapat mengurangkan harga bagi lapan (8) komponen IHP iaitu:
-
·

pelbagai barangan dan perkhidmatan;
·

restoran dan hotel;
·

komunikasi;
·

pengangkutan;
·

hiasan, perkakasan & penyelenggaraan;
·

perumahan, air, elektrik, gas & bahan api;
·

pakaian dan kasut; dan
·

minuman alkohol dan tembakau.
Adakah GST akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik?
Kategori
Deskripsi
Barang Makanan
(Foodstuff)
a. Beras & padi
semua jenis beras dan padi termasuk beras pulut, beras perang
dan beras hancur
b. Gula
semua jenis gula kecuali gula kastor dan gula ising
c. Tepung
tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, tepung attar,
tepung ubi dan tepung sagu kecuali tepung jagung dan
sepertinya
d. Minyak masak
semua jenis minyak masak kecuali minyak bunga matahari,
minyak jagung, minyak bijan, minyak zaitun
e. Garam
garam makan termasuk garam bukit
f. Sayuran
semua jenis sayuran seperti termasuk kentang, tomato,
bawang, bawang putih, timun, lobak, keladi, keledek, ubi kayu,
jagung dan dal
g. Rempah ratus
termasuk lada hitam, buah pala, kulit kayu manis, halia, asam
jawa, serbuk kari
Jadual 1: Senarai barang yang tidak dikenakan GST
(pembekalan berkadar sifar)
Kategori
Deskripsi
Binatang hidup,
daging binatang dan
organ dalaman
binatang
seperti lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik
Ikan dan isi ikan
semua jenis ikan kecuali ikan hiasan dan ikan untuk umpan
semua jenis isi ikan yang diproses (segar, jeruk atau kering)
kecuali sirip yu
Kerang
termasuk udang kara, ketam dan udang
Molluscs
termasuk sotong, siput
Telur burung
ayam dan itik
Lain
-
lain
anak ayam, anak lembu, anak khinzir and jejari ikan kecuali
benih sayur
Bekalan elektrik
bekalan elektrik kepada pengguna domestic untuk 200 KWH
yang pertama
Bekalan air
bekalan air kepada pengguna domestic 35 meter padu yang per-
tama kecuali
distilled water, de
-
ionised water, oxygenised water
dan air mineral
Barangan yang
dibekal di bawah
Skim Pengilang Tol
Diluluskan
barang yang dibekalkan dari pasaran tempatan kepada peserta
skim tersebut
Kawasan Yang
Ditetapkan
bekalan barang ke Kawasan Yang Ditetapkan (Langkawi,
Labuan dan Tioman)
Eksport
semua barang yang dieksport samada melalui, darat, pelabuhan
dan lapangan terbang
Deemed export
barang yang dibekal dari PCA ke kawasan yang ditentukan
termasuk ke kawasan FCZ yang terletak di luar pelabuhan dan
lapangan terbang
barang yang dibeli oleh peniaga asing tetapi dibekal di dalam
negara di bawah skim Skim Pengilang Tol Diluluskan
Ship stores
semua jenis barang untuk tujuan ship stores
semua jenis barang bagi tujuan alat ganti atau perlatan yang
digunakan di dalam pelayaran dan penerbangan
Jadual 1: Senarai barang yang tidak dikenakan GST (sambungan)
(pembekalan berkadar sifar)
Jadual 2: Senarai perkhidmatan yang tidak dikenakan GST
(pembekalan yang dikecualikan)
Kategori
Deskripsi
Pengangkutan
penumpang
(tempatan)
pengangkutan awam secara rel (KTM, LRT, ERL, Monorail)
kapal, bot dan feri
bus ekspress, bas henti
-
henti, bas pekerja, bas sekolah dan
bas
feeder
teksi dan kereta sewa
-
perkhidmatan ambulan
Perkhidmatan kesihatan
perkhidmatan kesihatan oleh hospital dan klinik swasta
Perkhidmatan
pendidikan
aktiviti pendidikan dan latihan oleh insititusi pendidikan
swasta
kantin di sekolah rendah dan menengah
Bekalan tanah dan
rumah kediaman
pelupusan atau pemberian tanah oleh Kerajaan Negeri
jual, beli dan sewa rumah kediaman termasuk rumak kos
rendah dan sederhana
jual, beli dan sewa/pajak tanah bagi kegunaan pertanian
tanah bagi kegunaan awam seperti untuk bangunan
Kerajaan atau tanah kubur
Bekalan emas
Bekalan emas untuk tujuan pelaburan
Bekalan emas tulen dari
refiner
kepada pembeli pertama
untuk tujuan pelaburan
Perkhidmatan
kewangan
Bank
pendapatan faedah dari aktiviti pemberian pinjaman,
pendahuluan, overdraf dan lain
-
lain kemudahan kredit
pulangan dari uruseniaga pelaburan seperi dividen kasar
dan keuntungan dari pelupusan asset kewangan
Syarikat insuran
premium insuran nyawa dan keluarga
Firma Broker Saham
penjualan semula ‘
share buy back programme’
Kategori
Deskripsi
Eksport
perkhidmatan yang dilaksanakan di luar Malaysia
perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung yang
berkaitan dengan tanah atau apa
-
apa pembaikan yang
terletak diluar Malaysia
perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan
dengan barang yang dieksport
perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan
dengan barang yang dimilki oleh orang di luar Malaysia
perkhidmatan pembaikan yang dijalankan di kawasan FCZ
Pengangkutan
antarabangsa dan
ancillary services
pengangkutan penumpang dengan menggunakan kapal
atau kapal terbang (ke luar atau ke dalam negara termasuk
peringkat domestik)
pengangkutan barang dengan menggunakan kapal atau
kapal terbang (ke luar atau ke dalam negara termasuk
peringkat domestik)
ancillary services
(termasuk punggah masuk, punggah
keluar, insuran, dan
freight forwarding
Kawasan Ditetapkan
perkhidmatan dibekalkan ke Kawasan Ditetapkan
Perkhidmatan pelabu-
han dan lapangan ter-
bang
perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan dan lapangan
terbang seperti
pilotage, towage, surveying classification
,
pembaikan dan penyelanggaraan kapal, broking dan
perkhidmatan pengurusan
Telekomunikasi
perkhidmatan telekomunikasi yang disediakan oleh
pembekal perkhidmatan di Malaysia kepada kawasan di luar
Malaysia
perkhidmatan roaming antarabangsa
Agen Skim Bayar Balik
Pelancong
perkhidmatan yang disediakan oleh agen Skim Bayar Balik
Pelancong
Perkhidmatan yang di
sediakan oleh kelab,
persatuan, kesatuan dll
kemudahan yang dibekalkan oleh kelab, persatuan,
kesatuan, persatuan professional kepada ahli mereka
Jadual 3: Senarai perkhidmatan yang tidak dikenakan GST
(pembekalan berkadar sifar)
* Sumber:
Kementerian Kewangan (MOF) dan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan