Halaman

Selasa, 26 November 2013

Pas jangan cakap sahaja

Pas perlu membuktikan kesungguhannya untuk mengadakan muzakarah dengan menyatakan tawaran bertulis kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkata, tidak guna jika hanya bercakap tetapi tidak ada sebarang tindakan susulan yang positif.

"Jangan hanya cakap di dalam muktamar mereka sahaja, tulis surat kepada Presiden Umno secara rasmi,” katanya.

Tawaran mengadakan muzakarah ini adalah cadangan yang baik dan patut disambut pemimpin Umno.

"Tetapi, dalam Pas kita dapat lihat beberapa pemimpin yang menyatakan pandangan mengadakan muzakarah dengan Umno tetapi akhirnya tersingkir seperti bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.

“Akhirnya, cadangan ini tidak ke mana dan tiada sebarang muzakarah pernah diadakan antara kedua-dua pihak sehingga kini,” .


Umno dan Pas sukar mencapai kata sepakat kerana Umno mengamalkan pemerintahan Islam secara prakmatik sementara Pas berpegang kepada prinsip Islam yang ortodok, terdapat jurang yang terlalu besar di sini,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan