Halaman

Selasa, 26 November 2013

MB Kelantan nak jumpa PM

Kerajaan Kelantan merancang untuk membangkitkan pelaksanaan hukum hudud dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika beliau bersetuju menerima kunjungan hormat Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
 
Ahmad berkata, beliau berhasrat menyatakan pendirian kerajaan negeri, iaitu ia mahu terus memperjuangkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
 
“Kita akan memberitahunya pendirian kita dan hasrat kerajaan negeri untuk melaksanakan hudud,” katanya kepada pemberita di pejabatnya.
 
Beliau berkata, pihaknya menyambut baik isyarat daripada Najib yang terbuka untuk mengadakan muzakarah dengan beliau.
 
Menurutnya, beliau menghantar surat kira-kira dua bulan lalu meminta untuk membuat kunjungan hormat pertama ke atas Perdana Menteri setelah dilantik menjadi Menteri Besar yang baru selepas pilihan raya umum Mei lalu.
 
Ahmad berkata, dalam pertemuan itu beliau juga akan membangkitkan berapa isu lain, termasuk pembangunan infrastruktur di Kelantan.
 
“Selaku Menteri Besar yang baru, saya amat berharap kunjungan hormat itu akan mewujudkan hubungan kerajaan dengan kerajaan,” katanya dengan menambah beliau sedang menunggu pejabat Najib menetapkan tarikh pertemuan.


Harap perbincangan tidak tertumpu pada hudud sahaja tapi lebih kepada kesejahteraan umat Islam di Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan