Halaman

Selasa, 26 November 2013

Pas jangan dok tangguh je

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap muzakarah antara Pas dan Umno tidak ditangguhkan dan meminta semua pihak menerima baik kesediaan dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, apa yang diperkatakan Abdul Hadi adalah satu langkah yang telah didendangkan sekian lama namun masih belum terlaksana.

Secara peribadi katanya, bermuzakarah adalah langkah baik dan harus dilihat dengan roh atau semangat ikhlas yang dibuat Abdul Hadi dan kepimpinan Pas.

“Perkara itu bukan satu tawaran hanya kepada Umno atau BN umumnya, tetapi juga kepada kumpulan ulama, cendekiawan Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tanpa mengetepikan agama lain.

“Apabila kita mahu fokus dalam memperjuangkan Islam, kita harus tahu bahawa agama lain harus dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam.

Benda baik buat apa di lengah-lengahkan..Setuju sangat Pas dan Umno nak bermuzakarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan