Halaman

Selasa, 26 November 2013

Pas tukar cakap pulak

"Adakah Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan ada maklumat bahawa undang-undang Akta Mahkamah 355 sudah dipinda sebab setahu saya dalam Parlimen belum ada (usul) lagi. Jadi nak tahu juga apa maksud sudah bersedia itu," kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kepada Antarapos.

Bagaimanapun Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar ini menegaskan hasrat PAS itu tidak akan menjadi kenyataan sehingga kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) bagi membolehkan hukuman kesalahan syariah dipertingkatkan.
 
Dengan pindaan itu, jelas Mujahid, ia secara tidak langsung membuka laluan terhadap pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS sejak sekian lama.
 
"Saya dalam Parlimen baru-baru ini ketika respons daripada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) saya bertanya tentang apa yang dinamakan Akta Mahkamah 355.
 
"Bermakna Akta Mahkamah 355 itu menetapkan setiap negeri bila nak laksana apa-apa hukuman ia mempunyai had iaitu penjara tidak lebih daripada tiga tahun, sebatan tidak lebih daripada enam kali dan denda tidak lebih daripada RM5,000.
 
"Jadi selama ini dari sudut perundangan itu menjadi penghalang kerana apabila hukum hudud itu melibatkan soal sebatan 100 kali rotan, kemudian kalau mencuri potong tangan dan sebagainya," katanya.
 
Kali terakhir akta itu disemak kira-kira 25 tahun lalu, menyaksikan gesaan pelbagai pihak agar pindaan dilakukan untuk membolehkan hukuman lebih berat dijatuhkan kepada pesalah ekoran peningkatan jenayah syariah.
 
Akta tersebut mengehadkan hukuman syariah kepada ‘formula 356’ iaitu penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan dilihat jauh ketinggalan dan tidak lagi menggerunkan bagi membendung jenayah syariah.

Pas putar cakap pulak,mengapa dulu tak fikir cmtue.??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan