Halaman

Selasa, 26 November 2013

Merealisasikan Muzakarah Pas Umno

Datuk Seri Najib Razak (gambar) mengambil sikap terbuka mengenai cadangan muzakarah yang dikemukakan oleh PAS, serta mendedahkan bakal bertemu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob sebagai usaha pertama ke arah langkah tersebut.

"Kita mengambil sikap terbuka. Saya akan berjumpa Menteri Besar Kelantan yang meminta untuk berjumpa dalam masa terdekat bagi membincangkan isu berkaitan," kata Perdana Menteri semasa sidang media selepas merasmikan penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Menurut Najib, kerajaan tidak mempunyai halangan ke atas sebarang perbincangan ataupun muzakarah, bagaimanapun menegaskan beberapa skop perbincangan perlu diteliti terlebih dahulu.

"Tapi kita perlu lihat skop dahulu," katanya.

Semalam, Abdul Hadi ketika ucapan penggulungannya menegaskan, kerjasama berkenaan adalah bagi kepentingan umat Islam di negara ini.


Jangan hangat-hangat tahi ayam dah lah.Sebelum ni, Pas penah cakap benda yang sama jugak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan